Tuesday, June 26, 2007

[Tutorial]Hack ANy Strea,ing Web

Pada mulanya aku nak letak tutorial nih dekat bahagian tutorial.Tapi aku rase bahagian securito lagi sesuai sebab ianya mengenai bypass limitation streaming web and ada kaitan sikit ngan godam.


Sebelum korang tanye ape-ape soalan aku nasihatkan dulu bace sampai habis.


Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Korang bosan tak download mp3 ataupun video dari rapidshare?ataupun mana-mana free file hosting?.Aku rase kebanyakan dari korang semestinya memberikan jawapan yang lebih kurang je dengan aku iaitu BOSAN!!!.

Dah la slow cam siput ade limit plak tuh.Tapi mungkin ada antara korang yang cakap “alaa..takpe la slow..bende tuh free bukan kene bayar pun..janji dapat ape yang aku nak dah la”.Memang betul,tapi, kalau aku la kan,aku tetap tak puas hati sebab manusia nih mana pernah puas hati.So kebanyakan dari kita mula mencari cara untuk bypass limitation ini.Ramai yang cuba mencari bahan download dari streaming website seperti youtube,dailymotion dan sebagainya.Mereka menggunakan software tertentu yang disediakan oleh website-website seperti javimoya.com untuk mendownload video dari website yang menyediakan perkhidmatan streaming seperti youtube dengan hanya meletakkan link untuk di decodekan bagi mendapatkan link untuk mendownload video yang dikehendaki (juga aku panggil sebagai web patcher) ataupun software yang didownload untuk mendownload video streaming kedalam komputer seperti youtube downloader.



Tetapi satu masalah yang timbul apabila kebanyakan user yang menggunakan cara ini tidak dapat mendownload daripada website yang menyediakan perkhidmatan streaming apabila web patcher tadi down disebabkan untuk maintainence ataupun streaming video yang kita hendak download itu tidak disupport oleh software itu.Sebagai contoh youtube downloader hanya dapat mendownload dari youtube sahaja.Bagaimana pula jika kita hendak mendownload dari web yang lain??.Bagaimana pula jika web patcher yang kita gunakan tidak dapat mentafsirkan link yang diberikan??.Bagaimana pula kita hendak mendownload dari website streaming baru dijumpai dan tidak disokong oleh web patcher tadi??


Oleh itu ada satu sahaja cara yang pasti bagi membolehkan kita mendownload bahan yang kita mahui bila-bila masa tanpa memikirkan tentang apa-apa masalah iaitu dengan menggunakan cara kita sendiri.Oleh itu aku nak berkongsi ngan korang semua cara yang pasti untuk mendapatkan video ataupun mp3 yang kita mahui dari website yang menyediakan perkhidmatan streaming ini.


Ada yang mengatakan untuk mendownload dari streaming web ini adalah mustahil tanpa software ataupun web patcher.Tetapi jika itu mustahil bagaimana dengan menggunakan software ataupun web patcher itu kita boleh mendownload file yang ingini?.Sudah semestinya ada sebuah laluan yang dibuka oleh web berkenaan bagi membolehkan file mereka didownload untuk memasuki pc kita.Jika kita menjumpai laluan ini kita dapat mendownload apa sahaja yang kita ingini dari website streaming itu.Cara untuk mencari laluan itu ialah:


-dengan menggunkan firefox

-plugin firefox (DOWNLOAD)

-internet download manager


-sedikit usaha

-dan hasilnya KEPUASAN yang tak terhingga..ehehehehe :P


Bahagian 1 : Download Video

-Anatara web yang tidak dapat ditembusi oleh pengguna web patcher dan software ialah tv-links










Code:
http://www.tv-links.co.uk/

-Sebelum korang mula mengikuti tutorial ni korang mesti:


  • -dah instal http liveheaders

  • -open firefox

    -open plugin http liveheaders >http liveheaders>

    -pergi ke website streaming yang dikehendaki

    -sebagai contoh kali ini aku menggunakan web tv-links










    Code:
    http://www.tv-links.co.uk/

    -katakanlah aku nak download bleach episod100,just pegi bahagian

    —anime>>bleach>>100










    Code:
    http://www.tv-links.co.uk/link.do/3/181/489/20183/58252

    IMPORTANT!!

    -tetapi pastikan korang dah bukak HTTP LIVEHEADERS sebelum memilih mana2 link untuk dibuka

    -perhatikan bahagian statusbar (bahagian bawah browser firefox anda)

    -lihat gambar



    -ada tulisan yang menyatakan seperti










    Code:
    “Transferring from p-previews.veoh.com…”

    -ingat perkataan tersebut

    -buka semula http liveheaders yang diminimize

    -cari perkataan seperti di statusbar tadi

    -lihat gambar




    -copy link berkenaan

    -buka IDM(internet download manager) ataupun apa-apa jenis download accelerator

    -pastekan url berkenaan

    -tukarkan jsp kepada flv

    -lihat gambar



    -siap

    -sekarang korang akan mendownload file berkenaan


    PERHATIAN


    -kesemua file boleh didownload dari mana2 streaming web dengan cara berkenaan

    -Cara ini telah dibuktikan berkesan oleh salah seorang user scukz AURORA @ dikenali sebagi RORA (tq very much)

    -selamat mendownload


    Bahagian 2 : Download MP3

    -antara web yang menyediakan perkhidmatan streaming mp3 adalah radio club










    Code:
    http://www.radioblogclub.com

    -Caranya seperti diatas

    -Contohnya jika aku nak download Linkin Park -What I’ve Done

    -Same seperti diatas, pastika http liveheader telah dibuka sebelum memilih mana2 link

    -lihat pada statusbar dan ingat apa yang ditulis disitu

    -ligat gambar



    -buka http liveheaders yang diminimize


    -cari link yang serupa dengan link pada status bar tadi

    -lihat gambar



    -same cam kat atas

    -pastekan link tuh pada download manager dan start download


    PENUTUP

    -Kesimpulannye kesemua streaming video or mp3 boleh didownload menggunakan cara ni

    -Kita tak bergantung kepada software ataupun patch website

    -Yang paling penting kita tau ape yang berlaku kat pc kita dan mempelajari perkara baru



    P/S:Nih semue aku buat dengan menggunakan pengetahuan aku yang cetek nih.kalo ade tak paham leh tanye kat sini.Tapi pastikan korang bace dulu kesemua artikel sebelum menanyakan soalan.Janagn pulak ade orang cakap aku curik artikel nih kat mana2 tempat kat internet.Setau aku takde orang lagi gune care nih (yeke?) huhuuhu..Okies selamat mendownload!!

    0 Comments:

    Post a Comment

    << Home